Sunday, February 27, 2011

Program Media Baru

Salam semua...

Seperti yang diketahui umum, media baru memainkan peranan yang cukup hebat dan berkesan kepada dunia masa kini. Dari alam maya saja kita dapat memberi komen, memberi idea, menyatakan apa yang tersurat dihati, bahkan ada pula yang menggunakan untuk menjatuhkan sebuah kerajaan yang sudah lama bertapak didunia ini. semuanya dilakukan hanya melalui nukilan2 melalui media baru. Tahniah kepada MAYC Kebangsaan dan Veteran MAYC kerana meneroka bidang ini dan memberi cara baru yang efektif kepada warga2 belia terutama MAYC WP untuk mengutarakan pendapat dan pandangan. Tetapi janganlah sampai kita menggunakan untuk menjatuhkan kerajaan yang sedia ada pula. Inilah kerajaan yang terbaik di dunia walaupun sedikit sebanyak ada cacat celanya. Itulah hamba Allah s.w.t. Tiada yang lengkap dan sempurna melainkanNya.